Kementerian Pelajaran Malaysia

IPGM KPM

Utusan Malaysia

BPK KPM

Bahagian Pendidikan Guru



 

Sistem Penilaian Pelajar Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Secara Online

MySETOMS IPGM berfungsi untuk membolehkan para pelajar membuat penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan oleh pihak pensyarah.

Guru Pelatih yang ingin melaksanakan penilaian, sila masukkan maklumat Login di ruang yang disediakan di bawah :

 
ID Pengguna
Kata Laluan
 
 
 

  Pelaksanaan Penilaian Pelaksanaan Kurikulum

 

Semua guru pelatih WAJIB melaksanakan penilaian pelaksanaan kurikulum terhadap pensyarah yang mengajar mereka. Tugasan penilaian ini adalah tanggungjawab guru pelatih. Pihak IPGKTHO akan mengambil tindakan serius terhadap guru pelatih yang tidak melaksanakan penilaian tersebut. Antara tindakan yang akan diambil adalah termasuk menahan keputusan peperiksaan pelajar dan tindakan mengikut peruntukan peraturan. (MS ISO9001:2008 Prosedur Kualiti - Pengurusan Kurikulum menggariskan bahawa semua pelatih wajib melaksanakan penilaian).

Penilaian ini bertujuan untuk mengumpulkan data maklumat secara kuantitatif bagi mendapatkan respon daripada pihak pelajar terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pensyarah. Hasil dan komen daripada pelajar yang bernas, telus dan ikhlas dapat membantu pensyarah membuat refleksi bagi mengetahui kekuatan, kelemahan dan cadangan penambahbaikan sekiranya ada dalam sesi pengajaran dan pembelajaran seterusnya.

Segala maklumat penilaian adalah SULIT dan identiti pelajar adalah RAHSIA. Penilaian melalui MySETOMS, pensyarah yang dinilai tidak dapat mengetahui identiti pelajar yang berperanan sebagai responden. Identiti pelajar seperti Nama Pelajar tidak akan dipaparkan sebaliknya semua responden hanya akan dikenali dengan Nombor ID Responden yang dijana oleh sistem komputer. Ini adalah selaras dengan etika kajian dan penyelidikan dalam pengumpulan data daripada responden.

Penilaian perlu dilakukan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan kerana sistem akan ditutup secara automatik sebaik sahaja tempoh penilaian tamat.

Penilaian dilakukan secara 'online'. Halaman ini boleh diakses samada menggunakan kemudahan wireless IPGKTHO (dalaman) ataupun sebarang kemudahan capaian internet (Di luar kawasan IPGKTHO).

Guru pelatih dinasihatkan untuk menilai secara TERPERINCI dan BERHATI-HATI. Pastikan pensyarah dan subjek yang dinilai adalah tepat dan betul, kerana sebarang pindaan terhadap penilaian yang telah dihantar tidak boleh dilaksanakan lagi. Kesilapan guru pelatih dalam memasukkan data penilaian akan membawa kepada implikasi analisis keseluruhan. Pihak IPGKTHO boleh mengambil tindakan terhadap guru pelatih yang tidak mengambil serius berhubung penilaian tersebut.

Sebarang masalah login berhubung dengan sistem, sila klik pada Hubungi Kami.